Nasi koboi
Hidup di kota metropolitan ini macam-macam ragam manusia ada. Daripada ragam duit elaun yang banyak di awal sem sehingalah menu nasi koboi bila masuk akhir semester macam ni. Nasi Koboi, pernah dengar ? Yang aku tahu menu ni popular kat cafe mahallah ( asrama ) lelaki, kat mahallah perempuan mane makan nasi koboi ni. Maklumlah, jaga badan kononnya ea. Nasi koboi tak sedap kan.. hahaha.. Apa itu Nasi Koboi ?
Senang je nak bayangkan nasi koboi ni ialah nasi putih, telur dadar, belacan, timun 2 hiris dan dilengkapi dengan semangkuk sup ayam yang takde ayam. Harga cukup murah dan berpatutan iaitu RM 2.00. Dah boleh nampak rupa camane nasi koboi ni ? Fenomena nasi koboi ni kat mahallah aku cukup popular sekarang. Dah akhir-akhir semester ni student lelaki biasalah.. kan..kan.. Tu sesape yang kuat belanje awek dulu awal sem sape suruh.. Karang kahwin korang gak yang kuar duit belanja,cube la mintak awek tu belanja korang selalu.. Oh ! nanti dicakap tak gentleman plak.. Aish, wanita..wanita..
Kelebihan nasi koboi ni yang paling utama dapat mengurangkan perbelanjaan harian kepada 50 %. Katakanlah tengahari amik lauk biasa + sayur + ayam seketul + air balang harga RM 4.80. Malam pun menu yang serupa cuma tukar jenis sayur dengan amik ikan plak, darab dua dah jadi RM 9.60. Tu tak masuk beli air kotak ke, gula-gula ke dan lain-lain supplement waktu tengah malam. Cuba order Nasi Koboi. Tengahari dan malam order nasi koboi baru RM 4.00, air plak buat sendiri kat bilik. Dah jimat berapa banyak tu ?
Tapi, serius cakap makan menu nasi koboi ni hari-hari boleh menutup selera. Lagi satu kuah sup tu kadang-kadang sedap kadang-kadang tak sedap ! Aku baru sedar yang aku ni tak boleh makan lauk sama berulang kali dalam masa seminggu. Paling kurang order menu sama 3 – 4 hari je lepas tu bosan,nak makan makanan lain. Biasa kalau gi kedai makan aku suka cari menu yang nama pelik-pelik. Saje nak try. Kalau korang tengok balik style nasi koboi ni, macam menu harian rumah bujang la kan. Asalkan dapat makan tak kebulur.. Nak masak senang, cepat dan tak kisah la kuah sup + telur mata + kicap je pun janji jimat.. Haha..
Dan aku cukup suka tengok abang yang jaga kaunter ni panggil, “ koboi siap..koboi siap”.. Tak rasa cool ke makan Nasi Koboi. Cool beb, nampak sikit status bujang tu terserlah. Hahaha..Apepun, bak kata member-member lain.. “ Ko nak makan ni jangan berkira..Benda lain takpe berkira,nak makan beli je ape nak makan “
Hmm.. Kalau camtu, malam ni order Chicken Chop la