Monday, April 4, 2011

Ajaran Yahudi Yang Telah Menjadi Ikutan Kita

Hadis rekod Nabi Muhamad:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara “Barangan Buatan Yahudi” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1.  Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ? 



Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.     Baca Selanjutnya Disini...


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi,
mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi kebiasaannya segelas kopi di tangan mereka.

Baca Selanjutnya di sini... 




3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Baca Selanjutnya Disini... 



4.   Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya danpaling banyak lemak tepu trans. Keburukan Makanan Fast Food dan Mi Segera


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, 
contohnya coke dan mi segera. 
Coke tu sangatlah beracun, 
serta sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).





6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. Baca Selanjutnya Disini...

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. 

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Firman Allah:
Wahai sekalian manusia!

Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Al-Quran
Surah Al-Baqarah
Ayat 168

Firman Allah:
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,
iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Al-Quran
Surah Al-Maidah
Ayat 88

Firman Allah:
Oleh itu,
makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,
dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
 jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Al-Quran
Surah An-Nahlu
Ayat 114
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

P/s: Artikel ini telah diringkaskan dari Artikel asal Dinar-Emas.com. Trimas dan kredit kepada Dinar-Emas.com kerana memberi peluang untuk dikongsi ke dalam Naslive Pages ini.Segala apa yang dibentangkan ini adalah sebagai bahan fikir kita untuk kita renungkan, Dinar-Emas.com tidak memaksa untuk anda mempercayainya 100%, tetapi anda sendiri boleh bayangkan dan fikirkan akan kebenarannya. Semoga Bermanfaat. Mari kita lihat Artikel lain yang berkaitan :-

Monday, February 14, 2011

Pengenalan Amalan Pengilangan Islamik (Islamic Manufacturing Practice - IMP)

Satu usaha ke arah penghasilan makanan 'Halaalan' lagi 'Tayyiba'
Kepentingan makanan yang halal dan baik dan hubungkaitnya dengan diri seorang Muslim ialah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Renungi hadith-hadith berikut :
Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya. Riwayat at-Tabarani. 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintahkan kepada sekalian rasul” Riwayat Muslim

“TIDAK akan memasuki syurga DAGING yang tumbuh daripada yang HARAM” Riwayat Imam Ahmad.


Memahami Perbezaan GMP dan IMP
Secara umumnya GMP adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). Tidak semua produk GMP diiktiraf HALAL oleh JAKIM sebagai mengeluarkan produk yang suci dari kontiminasi yang was-was.


Pengenalan Pengilangan IMP

Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf ’Halalan Tayyiba’, iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak mengandungi bahan-bahan haram atau kontaminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya.
Seorang muslim bukan sahaja dikehendaki oleh syara’ memakan makanan yang suci lagi halal tetapi Islam juga mengajar umatnya agar memastikan ruh Islam turut dipelihara dengan cara-cara tertentu agar kita bukan sekadar mendapat kekenyangan malah kita juga memperoleh keberkatan daripada makanan tersebut. Oleh sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar agar membaca Bismillah sewaktu makan, agar perbuatan tersebut dapat menjamin kesucian ruhani dan jasmani diri.
Natijah daripada ini, konsep IMP menekankan bahawa kilang yang hanya suci lahiriah semata dari sebarang kontaminasi bahan haram sahaja tidak mencukupi untuk mempengaruhi peribadi, akhlak mahupun pegangan seseorang terhadap agamanya, atau dalam erti kata lain, seseorang itu akan hanya mendapat kekenyangan fizikal sahaja. Lebih buruk lagi, kadang-kadang makanan ini melahirkan fikiran dan perasaan yang jumud dan materialistik, lebih-lebih lagi apabila disokong oleh iklan yang menjual budaya kebaratan yang tidak sesuai dengan norma Islam. Hari ini kita hanya mampu melihat anak-anak yang dibesarkan dengan makanan yang hanya halal lahiriah, tetapi menyebabkan jiwa dan ruhani mereka beku daripada taqwa ilallah.
Ini bukanlah bermakna bahawa IMP mempersoalkan pengiktirafan halal yang diberi oleh pihak-pihak yang relevan.

Namun prinsip di dalam IMP ialah sebagaimana ibadah-ibadah lain, terdapat tata tertib, akhlak dan etika Islamiah yang perlu dipatuhi khususnya dalam penyediaan makanan bagi mengharapkan ridha serta barakah ilahi terhadap makanan yang disediakan.

Berikut adalah antara perkara-perkara yang sentiasa dititikberatkan dalam sistem Amalan Pengilangan Islam:

1. Syarat pada Pengilang
  • Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
  • Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
  • Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan AKAN DITUNTUT DI AKHIRAT KELAK.
  • Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
  • Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
    2. Syarat pada Kilang dan Peralatan/ Bahan
    • Susunan dalam kilang mengikut syariat.
    • Tidak ada muzik.
    • Ada Nur bacaan Al-Quran.
    • Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah).
    • Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu.
    • Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
    • Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
    3. Syarat pada Pekerja/Operator
    • Operator mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya (menutup aurat).
    • Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
    • Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
    • Sentiasa ada air wudhu.
    • Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
    • Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
    • Perempuan yang haid di pindahkan buat sementara waktu ke bahagian lain.